Anda perlu memastikan rekod CCRIS dan DSR (Debt Service Ratio) yang memuaskan sebelum anda memohon pinjaman kereta anda.
Setiap bulan, membayar pinjaman bank mengikut tempoh/jadual yang ditetapkan oleh pihak bank. Walaupun bayaran bulanan sebanyak RM150.00 atau kurang, jika cara-cara pembayaran anda selalu tertunggak akan menunjukan Rekod CCRIS anda memberi kesan buruk kepada pinjaman anda. Rekod-rekod pembayaran balik yang baik merupakan criteria yang amat penting.
DSR anda perlu diurus/dijaga sebaik-baik yang mungkin, jika tidak anda akan berhutang sekeliling apabila anda tidak mampu membayar balik semula pinjaman bank anda. Pihak bank akan menilai tahap kemampuan untuk membayar balik semula pinjaman. Peratusan DSR yang rendah menunjukan kemampuan anda membayar balik pinjaman adalah positif.Anda dinasihatkan supaya membatalkan kad-kad kredit yang anda tidak guna atau kurang guna kerana jumlah kredit yang tidak digunakan juga akan diambil kira DSR.Melupuskan pinjaman yang dikenakan kadar bunga yang tinggi dahulu. Tempoh bayaran merupakan kaedah amat penting supaya setiap bulan anda dapat membayar dalam masa yang ditetapkan. Jangan selalu, kalau tidak anda akan berhutang selama-lamanya. Ingat, jika anda memerlukan nasihat dan pertolongan sila melayari laman web AKPK.
Selain CCRIS dan DSR, pendapatan/gaji yang diterima oleh majikan perlu dibuktikan.
Contohnya,
Terima gaji bulanan tunai, Anda perlu masukkan setiap bulan gaji anda didalam simpanan bank anda dahulu sebelum mengunakan gaji anda. Ini dapat menunjukan simpanan bank anda dapat membuktikan gaji setiap bulan anda. Apabila membuat pinjaman bank, anda perlu sertakan 3 bulan slip gaji, penyata bank dan potongan kwsp. Selain untuk permohonan bank, setiap bulan gaji yang dimasukkan dibank akan direkodkan dan peluang anda menabung juga tinggi.
Bayaran Muka yang tinggi juga dilihat sebagai cara yang amat penting.
Pendapatan sampingan seperti sewa rumah,komisen ejen insurans/unit amanah,dividen saham dan lain-lain. Anda perlu mengemukakan bukti pendapatan sampingan seperti penyata-penyata yang berkaitan dan surat penjanjian sewa rumah dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, kelulusan pinjaman kereta juga tertakluk pada kelulusan bank,terma dan syarat yang berkaitan.
No comments:
Post a Comment